Rabu, 29 Ogos 2012

Wanita Malaysia Top 3 Curang ??

Assalammualaikum para wanita Malaysia yang cantik molek khususnya....
Hang semua ada dengar berita baru2 nie tak ?? Terdengar ke , terbaca ke , sengaja bacakah ... ada tak ??? Hahahaa....amazing kan .... adakah ini bermakna wanita-wanita Malaysia sangat Peerrrghh....terbaik dari ladang ...semestinya sunggih istimewa....hihi
Wauuu..Biar betul cerita ni kan ??..Tak sangka pulak rakyat Malaysia di antara golongan negara Top 3 yang paling curang di dunia..Tapi nak kata logik tu ada jugak betul nya, selalu dalam surat khabar pun dok cerita pasal kes-kes cerai -berai yang melibatkan campur tangan orang ke-tiga..Tapi apa yang paling akak kesalkan sesangat nie , kenapa laa benda-benda yang tak elok  yang selalu Malaysia pegang berada di tempat tertinggi? Kalau benda yang baik-baik tu, jauh sekali (ada tu ada, tapi tak banyak sangat)..Apa-apa hal, jom baca dulu cerita kat bawah ni..
APA KURANGNYA AKU ???
Nak tahu tak , Rakyat Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press...
Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thai pula 54% di tempat pertama di ikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.
Rusia dan Hong kong di tangga ke-4 dan ke-5 dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.
Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.
Wanita Russia di tangga ke-empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke -lima.
Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.
Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup. Data ini adalah yang tertinggi di Asia.
Hati-hati yee....



Mak aii.... susahlah macam nie ....
Alang-alang dah ada kes macam nie , akak berminat untuk berkongsi tips untuk menghadapi pasangan yang curang ....akak bukannya pintar sangat ... tapi lebih elok rasanya akak kongsi bersama yaa....
Yang pertama ....
Jangan buat tuduhan sebelum anda jumpa bukti kecurangan.
Andaian pasangan ada hubungan sulit, mungkin salah. Anda mungkin terfikir atau hanya serkap jarang bahawa suami atau isteri menipu. Gincu pada baju suami atau pasangan , jumpa nombor telefon tidak dikenali, masih belum cukup dijadikan bukti. Jangan terus buat kesimpulan, menuding jari dan memusnahkan kepercayaan. Jangan sentiasa mempersoalkan kesetiaan pasangan mereka.(jangan sesekali yea...)

Yang kedua ....
Bercakap dengan pasangan anda mengenai syak wasangka
Mula-mula bertenang, rasional dan profesional. Bangkitkan isu dengan cara tidak menyinggung perasaan hingga mereka bertindak mempertahankan perbuatannya. Dengarnya macam ganjil tetapi anda mahu pasangan boleh terima teguran itu. Ini adalah sangat penting jika ingin cuba menyelamatkan perkahwinan atau hubungan anda.

tu jee yang akak tau .....OK , smoga apa yang akak share ni adalah serba sedikit dapat membantu awk semua.....ok ... HIGHTLIGHT YOUR LOVE AND SPREAD IT !
 














Budak hitam telah mengintai...

Feedjit

 
Copyright 2015 Reserved to Nurain How Design By Cik Nurfarah