Khamis, 18 April 2013

Rep : Mail for my future Husband

Assalammualaikum dan salam Jumaat ....

How's your day ??? Hope you getting well...
Hahahaaa...you know what this entry going to tell you rite ?? For those yang tak tahu , boleh refer entry lepas . Just click then read . Simple .

So , direct to the point ...just roll down your mouse....
Read it quietly....shhhhh....hehehe

Assalammualaikum Wahai  Bakal imam ku ...(Perghhhh....power gilak)

Awak ,
Saya masih tertanya2 ...siapalah diri awak yang Allah dah ciptakan sebagai pelengkap hidup saya, imam dalam sujud saya padaNya, pelengkap senyuman dan tangisan saya, bakal Ayah kepada anak2 saya...(phewww...malu cek)...Siapakah dirimu wahai bakal suamiku? Adakah sebelum ni kita pernah bertemu? Adakah kita pernah berbalas senyum? Adakah kamu benar2 anugerah Allah buatku? Sungguh,  saya tak tahu rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu..(kalau betul angguk sket)...Hhee

Awak , 
Sebenarnyakan , Saya  janggal nak membahasakan diri sebagai saya atau berawak dan bersaya. Saya rasa ayat saya ni macam orang2 dahulu menulis surat cinta walaupun saya tak tahu macam mana orang2 dulu bercinta . Yang Saya tahu , pusing keliling pokok sambil nyanyi...nanti kita try buat erh....hehehe
 Jadi , izinkan saya berAku dan berKau dalam email  ni. Aku janji, lepas jer kita diijabkabulkan nanti (rasa geli plak) akan ku panggil kau dengan panggilan Abang, sayang, hubby, manja, buncit, pacik atau sama waktu dengannya. Aku sedar aku juga romantik. Cewahhh...gitewwwwww

Awak ,
Untuk pertama kalinya, aku mohon maaf darimu sekiranya sebelum aku menikahimu, auratku tidak terjaga dengan sempurna, akhlak ku, tutur kata ku dan segala perbuatanku sebelum bertemu denganmu, mohon maafkanlah diri ini. Mungkin sewaktu aku menulis ini, kau ada menyimpan hati pada wanita lain. Aku tak kisah sebab aku tahu kau juga mencari jodoh yang sesuai sebelum bertemu dengan aku tapi bakal imamku, aku mohon, kawallah dirimu agar jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah (stok2 ustazah la plak ) heheheeee

Awak ,
Sungguh aku bukan seperti gadis2 yang engkau pernah kenal dan hadir dalam hidupmu.. aku tidak memiliki rupa paras yang cantik ,  harta jauh sekali dalam igauanmu, aku serba serbi kekurangan.. sungguh aku akui, aku takut jika kau tidak dapat menerima kekurangan 
yang ada pada aku. tapi demi Allah, sungguh aku mahu engkau membimbingku dan 
menerima aku seadanya . Yang pasal 20-30 anak tu ??? (agak2 laa weiii...buek malu yoo) hahahaa....

Awak , 
Mungkin selepas kahwin, aku mahu terus belajar dan ingin berkerja. Harap engkau mengizininya. Aku mahu membalas jasa parents dengan meringankan beban mereka .  Aku bukan datang dari keluarga yang berada. Sabarlah, akan ku ceritakan perjalanan kisah hidupku bila aku sudah bergelar isterimu. Aku mahu engkau melindungi aku, melindungi maruahku. Sudi ke kau nanti ?? Kalau da suka , sudi laa kan ?? Hahaha

Awak ,
Harap kau tak merokok. Sebab aku cepat lelah bila terhidu bau asap rokok tu . Macam tak 
tahu rokok tu boleh menempah maut . Betul hidup mati di tangan Tuhan , tapi kesihatan kena lah jaga . If  kau ni jenis suka makan , Harap bersabar, sebab aku ni jenis masak tapi tak pandai meneka masin atau manis. Sebab tu selama ni, bila aku memasak, mama and adik aku a.k.a bakal mother in law n adik ipar mu menjadi assistant ku didapur dan aku berharap, kau dapat menolongku didapur nanti..hehehe jangan malas2 bang, nanti tak 
dapat makan... okey?

 Awak ,
Kalau aku mengemas rumah, sudi2 dan ringan2kanlah  tangan dan kakimu untuk menolongku. Aku nak sangat, kau tolong aku masak atau basuh pinggan ke apa ke kan, bukankah orang kata, berat sama dipikul ,  ringan sama dijinjing...? Kalau aku memasak, terlebih garam atau gula ke apa,
please.... jangan kutuk aku kaw2 ye...cukup  rasa boleh laaa...nak tegur macam ni boleh laa...

'sayang.. nanti improve kan lagi masakan sayang nie tau, terlebih garam sikit.. overall, sedap dah
nie... cuba lagi lain kali yer?''


Walaupun teguran kau tu seperti chef wan, sekurang2nya aku dapat terima nanti sebab kau polite cara teguran tu... BUT , serious, jangan ucap camnie.. 

''mak oiii !!! lori garam ada terlibat dengan mana2 kemalangan ker?? masin nya! tak sedap!!!'' atau ayat2 yang lain..seriously, kalau kau ucapkan ayat keramat camtu, banjir rumah kita nanti dengan tangisan aku. Oh ye, aku ni cengeng orgnye...mudah menangis. Sensitif la kononya.... Aku mudah terasa hati walaupun mungkin bagimu, kamu tidak 
melakukan silap apapun. Harap sabar melayan kerenahku ini.. Ye....

Awak ,  
Nanti , kalau boleh aku nak...Adeiii , Stop !! Verangan la pulak ..(Verangan tu perlu Vonggok  ) heheheheheee . See , aku boleh jadi Ratu Lawak kau dalam rumah , tak berepisod , rancangan seumur hidup . Yang best nya , ITS FREE !! Syokkan ?? Hahaha

 Aku janji , aku akan jaga makan minum kau . Dont worry kalau pasal makan . Hahahaaa
Tapi , aku takkan biarkan kau keBOROIan , kalau terjadi jugak , tak pe . Kita sama2 exercise Tiap2 petang . Aku tak nak kau obesity . Tak nak kehilangan kau . Nanti , setelah kau lafazkan ucapan akad nikah . Otometikally , rahsia mu menjadi rahsia ku ..sweetkan ?? Hehehe...aku akan menjaga maruah family dan akan menurut perintahmu dan tidak akan menyebarkan rahsiamu.



Awak ,Tu je aku minta , permintaan yang lain nanti aku bukukan ye....
Sekian . Salam sayang dari yang menantimu .


Hahhh, tu je nak cerita pasal email tu , tak banyak pon . Hope ada yang tergelak Happy la dengan post ni . Kalau ada yang terlebih , terkurang ajar , tertampar dengan kata2 diatas . Maaf kan hamba Allah ni ye....

Sekian .


KEEP SUPPORTING , KEEP LOVING , DO SOMETHING , STOP DREAMING .

Assalammualaikum ...bubbyee.....

Selasa, 16 April 2013

Love E-Mail from my future Husband

Bismillahirrahmanirohim...

Assalammualaikum wahai hamba Allah yang cantik , manis ,  handsome , kacak , alim , soleh dan solehah....awak semua apa khabar , bertemu kembali dalam entri Jameela ...!! 
Oupzssss....maafkan saya , entri Ain laa...heheheeee

I received this letter on my birthday last year Via email . This letter is my inspiration in life . I wanted to share this letter to you all and make viewing the source of strength , especially for girls , women who are called wives . Not to show , but just want to share . Hope you all read and internalize the meaning of each line(s) of verse .



 Kehadapan my future wife(s)

I menulis email ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife(s)

 I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehemmm...Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? Lagi  pun, you tahu, tak ade lelaki dalam duni ini nak kawin dengan perempuan yang seksi meksi!

My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau..hehee...

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita 
berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam jumaat...hehe


You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehemm...

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan??

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them..I know , coz I'm a boy . But not me dear . I'm serious for you .

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. You melahirkan , i azankan . Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan ??
I berusaha tuk dapatkn you , I know my mum will loves you like her love my dad and her handsome boy son which is me..hehe

I will waiting for you to be my wife . Hope so .


From : your future husband if Allah give that opportunity . Insyaallah .
Assalammualaikum ...


So , kalau awak nak nangis , nangis lah...Ain tak marah pun . Don't worry ..hihiiii
Next entry , Ain will share my email that I already sent to him .

Bubbye .


KEEP SUPPORTING , KEEP LOVING , DO SOMETHING , STOP DREAMING ...
Assalammualaikum ...muahhaaa ...

.






Ahad, 14 April 2013

Berani Even XXL

Assalammualaikum...


Sayang apa khabar dengan mu ?
Disini ku merindukan kamu 
Ku harap cintamu tak akan berubah
Kerna disini ku tetap untukmu....

heheheyyy....how are you alls ?? Rindu nak update blog ain yang tak seberapa ni ... so , here i am ...

hari ni ain nak share about fashion ...oupzsss...sejak bila reti nak share about fashion plak minah ni ?? hehehee
As you all know , Malaysia adalah negara di Asia yang paling banyak peratus % -an penyakit tak berjangkit . Hahahaa...baru korang tau.... tu namanyaaa ??? What guys ?? That is O-B-E-S-I-T-Y = Obesity ...hurmmmmm....ish...ish...ishhh....(cobaan)


BUKTINYAAA....OHH NO....


As usual , apabila bercakap mengenai fesyen, orang berbadan 3G pasti seboleh-bolehnya mengelak berbicara topik itu kan ??? Isn't it guys ?? Why mengelak ?? 

Maybe tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Sebahagian besar wanita 3G pula langsung malas hendak berfikir mengenai soal berpakaian...Main tangkap muat je kannn ??? 
Untuk memilih jalan selamat agar (kononnya) tidak kelihatan terlalu menonjol, mereka lazimnya memilih warna gelap atau hitam sebagai rona 'wajib' sama ada pakaian ke pejabat, majlis rasmi mahupun apabila bersantai...kan ?? Playsave la katakan...heheyyy
Agak2nya gambar kat bawah ni playsave tak ?? 


kain baju hitam...nak playsave la katakan....hehe


Bagi ain ,  bentuk badan tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada sesiapa untuk bergaya, malah industri itu sendiri mengiktiraf kemunculan model bersaiz besar (plus-size) dalam dunia peragaan antarabangsa ye you alls ...tapi kat Malaysia ni ain tak tahu plak .... (kalau ada , ain pun berminat ni...) hahahakszzz
Justeru, kebanyakan butik pakaian kini menawarkan pilihan pakaian yang bukan sahaja mampu digayakan oleh gadis langsing dan bertubuh kecil malah wanita bersaiz normal, besar  @ 3G  yang merupakan golongan majoriti pembeli...Kan ??  Yang penting adalah keyakinan diri seseorang untuk memasuki butik-butik tersebut dan mencuba pakaian yang dirasakan sesuai serta selesa dengan bentuk fizikal masing-masing tanpa 'menyembunyikan diri' di sebalik pakaian . Harus lahhh...heheeyyy..."aku pun nak berfesyen jugakk " ...


Keyakinan tu penting tau , tak kira lah apa kerjaya sekali pun ...memerlukan keyakinan yang bermacam2 ...like ??

Keyakinan bercakap di depan orang ramai or etc . If kita yakin dan bersemangat , pasti manusia sekeliling kita tidak akan memandang rendah pada kita hanya kerana saiz tubuh yang Auww..auww gitu...

Ada pula yang menjauhkan diri dengan orang bertubuh gemuk terutama apabila melihat dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya tampak besar.." FUHHLAMAKK...!!! BESARNYAA !!! "...Tak suka...tak suka...tak sukaaa...!!


alamakkk....

 Apatah lagi bagi wanita untuk menyandang gelaran ratu , pastinya jauh sekali kerana mereka selalu melihat hanya yang paling cantik, bertubuh lampai dan langsing saja selayaknya dinobatkan sebagai ratu cantik dalam pertandingan Miss World , Miss Universe , Miss Whateverrr....huhuu


Jadi, bagi wanita gemuk ini tiada tempat gelaran ratu untuk mereka...???  "ANAK GAJAH !! BADAK AIR !! MISS KOLESTROL !! " Lantas ramai sering bermonolog sendirian...(tetiba macam ayat dalam novel plak)
 Kita tidak mengetahui apa sebenarnya yang bersarang di lubuk hati wanita bersaiz besar ini. Hanya golongan ini saja yang tahu.... huhh...


Bukan mudah juga untuk mendapatkan saiz menawan melainkan individu gigih dan mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menguruskan badan menerusi pelbagai cara seperti kerap mengunjungi pusat gimnasium, menyertai program pelangsingan atau mengambil produk langsing, membuang lemak atau liposuction di pusat rawatan kecantikan serta pelbagai lagi...Duit tabur sana sini , kekadang tak berkesan langsungg...Benci lah !!  Sesetengah sanggup mengikat perut atau mengambil ubat ubatan hingga menjejaskan kesihatan sedangkan badan tidak susut juga..


TOLONGGG !!!


JANGAN !! Ehhh ... apa yang jangan ?? " JANGAN MENYEKSA DIRI ANDA !!! "


Kerana bagi ain , masing-masing ada kelebihan yang Allah berikan . Even bersaiz 3G skali pun , kita masih boleh bergaya guys...haaa...ingat tak boleh keww ?? TAPI....janji dengan ain dulu boleh tak ??

Kita hendaklah bersemangat untuk menerima diri kita yang CHUBBY ni , dan berusaha untuk menepis hinaan orang terhadap kita ..!! Yuhooo....!!! 

alaa...macam mana ?? Nak tahu tak ?? nak tak ?? nak tak ?? haaaaa

Dengan berfesyen mengikut saiz dan keyakinan diri yang tinggi ..ehmm...ada faham ?? Macam Ain ...hehee(isi bakul angkat sendiri yoowww) heheee
Ok , ain berfesyen mengikut saiz badan .. ain ni dalam kategori obes la jugak . Tapi obes manja2 je...hahaha...macam tu pulakk yeeww ...
Ain berani untuk menggunakan pelbagai warna yang cerah dan gelap. Tak kisah laa apa orang nak kata (yang penting tutup aurat yeww)

Tengok ni ....



Gampal...kurus...sederhana...tapi, masih boleh senyum lebarkann...
keyakinan tu pentingggg....



berani tersenyum dalm setiap posisi ketika bergambar...



keyakinan tetap tebal setebal kolestrol ku...hahaahaaa



pose ratu idola pun ain berani tau....hahh



ketebalan pipi membuktikan yang ain ni obes jugakk..
betul , tak tipu ....



kau ada ??



Maybe kita tak secantik Maya Karin , Erra Fazira , Che' Tah , Che' Lah...or etc . Tapi...ehm2 ain cakap , " No matter how fat you are ,  there will always be someone bigger and uglier than you , so dont worry to be fat in fashion , dear . You dont know you beautiful !!" ( macam lagu 1D je ) heheeheeee
Kata semangat tu penting guys , tak kisah laaah dari BF/GF , wife , husband , family , parents ..or etc ....
Bila dah dapat kata semangat yang macam tu , pose pun dah macam2 daa...hahaha




Tadaaa....this is me....


So , jadilah diri sendiri ..tak perlu jadi orang lain ....boleh kan ??
EHHHH....sebelum terlupa , ain ada buat VT Gwiyomi...alaa...lagu korea yang tngah top tu...Gwiyomi by Hari . Kalau tak tahu boleh search kat miss google tu.... tapiii , VT tu tak lah best mana pun ...tak lah cute mana pun...just the way who i am...heheheee



layann je laa...hehehee


bubbyee....


Keep supporting , keep loving , do something , stop dreaming !!


Assalammualaikum....






Khamis, 4 April 2013

Fatin Liyana ft Hanis Zalikha ??

Assalammualaikum ...

Hye , selamat am/pm ... Seperti yang ain janjikan pada entry yang lepas , ain nak share something yang ain rasa patut disebarkan dan diamalkan oleh para blogger . Tak kiralah baru @ lama @ freshie @ newbie ... Lumrah manusia , selalu terlepas pandang akan sesuatu yang kita pun tak tahu kalau orang tak tegur kan ...dah nama pun lumrah . Hehehe..

Entry yang lepas ?? Pe hal minah ni ?? What are u talking about ?? Kalau nak tahu , cekidaut entry yang lepas . Tak susah pun , Just CLICK . 
So , can we start ?? Yeahhh !!

Direct to the point , Ain nak share   "7 TIPS BLOG DISUKAI RAMAI" . Tips ni ain analisis dengan pale hotak ain sendiri . Analisis dari mana ??  Dari blog blogger yang famous dan telah pun diiktiraf tau , siapa lagi kalau bukan sis Fatin Liyana dan Hanis Zalikha . 
Here we go ...!!!

1 .  Alamat
     Alamat blog kita haruslah senang diingat dan difahami tetapi Catchy / unik . Keunikan tersebut akan menarik minat pembaca untuk click OPEN  blog kita . Kan kan kan ... ??
Selain itu , mudah untuk disebut . Like " cintaqaseh " , " ayamcilik " or whatever . Kalau susah sangat nak sebut , ia sangat tidak sesuai untuk dijadikan alamat blog (for me -lah )
     Contohnya : www.hetziejenzxpotstuffzx.blogspot.com
Haaaa...cuba hafal sekarang . Tik..tok..tik..tok... Tak dapatkan ?? Ok , dah fail . Next ...

2 . Tajuk entri yang mengancam 
     Macam tajuk ain di atas , mengancam kan ?? Hehehe...its common sense , btw Just tell ain (monolog dalaman) . Dengan pamerkan tajuk entri yang hebat , maka it's time for you to highlight your entry tittle , you should start with the great . 
     Contohnya : tajuk entri " Ed acoustica a.k.a Syed Syamim " telah menaikkan trafik ain kepada 5% ( walaupun tak banyak) masa lagu BE MINE tengah hot .heheyyyy....

3 . Ejaan
     Most important thing is your spelling . Elakkan mengeja perkataan dengan bahasa pasar , seperti MACHAM , CAKAB , etc . Perkataan macam ni kita bimbang menjadi ikutan Student yang masih bersekolah , sebab perkataan tu boleh mengelirukan pelajar kerana seakan-akan betul . Sebutan pun sama kan ?? So , jangan salahkan ibu mengandung , tau ! Hohohooo...

4 . Lirik lagu 
     Bright chance for you when you put some lirik lagu yang terbaru (see bahasa rojak )..mix .
Like "cuba teka" , "sayang" , "kamu saja" , "price tag" or whatever . (mix Indonesia , Malaysia , oversea band ) supaya Link anda lebih luas .
Alternatif lain , berkongsi resepi seperti kek cawan , caramel , kod gitar lagu yang always hot sepanjang zaman dan terhangat di pasaran .

5 . Gambar
     Blog ni orang akan tertarik dengan pamer gambar yang menarik , cute or whatever . Dah menjadi lumrah manusia , tak kira usia , jantina dan kerjaya sukakan benda yang cantik . So , carilah background or item yang cantik untuk blog anda . 
Selain itu , gambar yang BLUR / KABUR , harap hindari . Ini akan menyebabkan migrain pembaca mula menyerang . Sakit pale weiii...!! ( bad for health )

6 . Gaya penulisan
     Writing skill every blogger is different . And the difference is that the range of variation . Like me Right ?? Ada yang suka mix perkataan english dan Melayu (like me) . For me , writing skill yang macam ain buat ni sedikit sebanyak dapat mengajar (for me) bahasa english walaupun dengan 1, 2 patah perkataan .(english ain tak hebat mana pun) huhuhuhuuuu..
Sebelum terlupa , ain nak pesan kalau nak guna FONT berwarna NEON & background pun NEON , lebih baik jangan . (menyakitkan mata you know !! ) ini juga common sense , Just simple but nice , cliche But true . (ayat keknis)

7 . Psikologi minda pembaca
     Its not too late for me to let you know , you have to analysis readers mind . Why ?? Let me show you . 
Ex : www.aaronaziz.com   And.  www .aaronaziz.blogspot.com
Perkataan "blogspot" sangat berpengaruh dalam dunia IT . You know why , lumrah manusia suka sangat tahu perihal hidup orang lain . If " . Com" usually about website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap , pencapaian  dan portfolio . Tapiii , kalau ".blogspot.com" , sure ramai yang nak cekidautttt . Right ?? 

Haaaa...ada faham tak dengan post entri kali ni , ain rasa ini adalah entri yang pertama panjang page dia . Hahah...tak pe , bukannya merepek pun . Ain buat entri ni pun sebagai peringatan pada diri sendiri . Kalau ain buat juga , sila2 tegur ya...jangan risau , ain tak makan orang . Hehehee...harap entri ni dapat membantu sedikit sebanyak walaupun tak banyak . Heheeeyy...
Terima kasih sudi baca entri ain yang tak seberapa ni .

P/s : Aaron , pinjam nama jadi contoh . (pardon me)

Keep supporting , keep Loving , do something , stop dreaming .

Bubbyee....tataaa...

Selasa, 2 April 2013

Hilang sebulan ??!!

Assalammualaikum...

Apa khabar ?? Ada Sihat ?? Hope awak semua Sihat lah ye ...Amin....
Sekarang cuaca tak menentu , mendung berarak kelabu giteww.. Nasihat Ain , awak semua banyakan minum air .. Jaga pemakanan , amalkan lah cara pemakanan yang sihat , hindari perkara yang boleh menjejaskan pale hotak kita ni , always be positive , lakukan senaman , yang paling pentingggg...INGAT TUHAN KITA ALLAH S.W.T....(skrip iklan kesihatan).heheheuwww

Rasanya dah lama tak update blog ni , sunyi je Kannnn... Hampir sebulan menghilang...huuuu
Sorry  , Bukan pe , tak tau nak update pe ..
Dalam tak tahu nak update pe tu , ain adalah jugak buat RESEARCH pasal blog , macam mana nak famous kan blog , cara2 nak tarik minat@perhatian pembaca , dan juga tips2 nak jadi blogger yang terkenal , etc .

Panjang plak citer minah ni Kannnn ?? Hahah...okey2 , sabar2...sabar adalah separuh daripada ?? IMAN...so , S.A.B.A.R , sabar ...(*_*)hehehe

Nak uji kesabaran korang , nak tau tips2 yang ain katakan kat atas tu ???
Nak ?? Ok , kalau nak ... Jumpa kat next entry erh....
Bubbyee....

Grrrrrrrrmmmm...teruji nya keimanan-kesabaran aku...
Hehehe

Keep Loving , keep supporting , do something , stop dreaming !!
Muahh...

Budak hitam telah mengintai...

Feedjit

 
Copyright 2015 Reserved to Nurain How Design By Cik Nurfarah