Khamis, 18 April 2013

Rep : Mail for my future Husband

Assalammualaikum dan salam Jumaat ....

How's your day ??? Hope you getting well...
Hahahaaa...you know what this entry going to tell you rite ?? For those yang tak tahu , boleh refer entry lepas . Just click then read . Simple .

So , direct to the point ...just roll down your mouse....
Read it quietly....shhhhh....hehehe

Assalammualaikum Wahai  Bakal imam ku ...(Perghhhh....power gilak)

Awak ,
Saya masih tertanya2 ...siapalah diri awak yang Allah dah ciptakan sebagai pelengkap hidup saya, imam dalam sujud saya padaNya, pelengkap senyuman dan tangisan saya, bakal Ayah kepada anak2 saya...(phewww...malu cek)...Siapakah dirimu wahai bakal suamiku? Adakah sebelum ni kita pernah bertemu? Adakah kita pernah berbalas senyum? Adakah kamu benar2 anugerah Allah buatku? Sungguh,  saya tak tahu rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu..(kalau betul angguk sket)...Hhee

Awak , 
Sebenarnyakan , Saya  janggal nak membahasakan diri sebagai saya atau berawak dan bersaya. Saya rasa ayat saya ni macam orang2 dahulu menulis surat cinta walaupun saya tak tahu macam mana orang2 dulu bercinta . Yang Saya tahu , pusing keliling pokok sambil nyanyi...nanti kita try buat erh....hehehe
 Jadi , izinkan saya berAku dan berKau dalam email  ni. Aku janji, lepas jer kita diijabkabulkan nanti (rasa geli plak) akan ku panggil kau dengan panggilan Abang, sayang, hubby, manja, buncit, pacik atau sama waktu dengannya. Aku sedar aku juga romantik. Cewahhh...gitewwwwww

Awak ,
Untuk pertama kalinya, aku mohon maaf darimu sekiranya sebelum aku menikahimu, auratku tidak terjaga dengan sempurna, akhlak ku, tutur kata ku dan segala perbuatanku sebelum bertemu denganmu, mohon maafkanlah diri ini. Mungkin sewaktu aku menulis ini, kau ada menyimpan hati pada wanita lain. Aku tak kisah sebab aku tahu kau juga mencari jodoh yang sesuai sebelum bertemu dengan aku tapi bakal imamku, aku mohon, kawallah dirimu agar jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah (stok2 ustazah la plak ) heheheeee

Awak ,
Sungguh aku bukan seperti gadis2 yang engkau pernah kenal dan hadir dalam hidupmu.. aku tidak memiliki rupa paras yang cantik ,  harta jauh sekali dalam igauanmu, aku serba serbi kekurangan.. sungguh aku akui, aku takut jika kau tidak dapat menerima kekurangan 
yang ada pada aku. tapi demi Allah, sungguh aku mahu engkau membimbingku dan 
menerima aku seadanya . Yang pasal 20-30 anak tu ??? (agak2 laa weiii...buek malu yoo) hahahaa....

Awak , 
Mungkin selepas kahwin, aku mahu terus belajar dan ingin berkerja. Harap engkau mengizininya. Aku mahu membalas jasa parents dengan meringankan beban mereka .  Aku bukan datang dari keluarga yang berada. Sabarlah, akan ku ceritakan perjalanan kisah hidupku bila aku sudah bergelar isterimu. Aku mahu engkau melindungi aku, melindungi maruahku. Sudi ke kau nanti ?? Kalau da suka , sudi laa kan ?? Hahaha

Awak ,
Harap kau tak merokok. Sebab aku cepat lelah bila terhidu bau asap rokok tu . Macam tak 
tahu rokok tu boleh menempah maut . Betul hidup mati di tangan Tuhan , tapi kesihatan kena lah jaga . If  kau ni jenis suka makan , Harap bersabar, sebab aku ni jenis masak tapi tak pandai meneka masin atau manis. Sebab tu selama ni, bila aku memasak, mama and adik aku a.k.a bakal mother in law n adik ipar mu menjadi assistant ku didapur dan aku berharap, kau dapat menolongku didapur nanti..hehehe jangan malas2 bang, nanti tak 
dapat makan... okey?

 Awak ,
Kalau aku mengemas rumah, sudi2 dan ringan2kanlah  tangan dan kakimu untuk menolongku. Aku nak sangat, kau tolong aku masak atau basuh pinggan ke apa ke kan, bukankah orang kata, berat sama dipikul ,  ringan sama dijinjing...? Kalau aku memasak, terlebih garam atau gula ke apa,
please.... jangan kutuk aku kaw2 ye...cukup  rasa boleh laaa...nak tegur macam ni boleh laa...

'sayang.. nanti improve kan lagi masakan sayang nie tau, terlebih garam sikit.. overall, sedap dah
nie... cuba lagi lain kali yer?''


Walaupun teguran kau tu seperti chef wan, sekurang2nya aku dapat terima nanti sebab kau polite cara teguran tu... BUT , serious, jangan ucap camnie.. 

''mak oiii !!! lori garam ada terlibat dengan mana2 kemalangan ker?? masin nya! tak sedap!!!'' atau ayat2 yang lain..seriously, kalau kau ucapkan ayat keramat camtu, banjir rumah kita nanti dengan tangisan aku. Oh ye, aku ni cengeng orgnye...mudah menangis. Sensitif la kononya.... Aku mudah terasa hati walaupun mungkin bagimu, kamu tidak 
melakukan silap apapun. Harap sabar melayan kerenahku ini.. Ye....

Awak ,  
Nanti , kalau boleh aku nak...Adeiii , Stop !! Verangan la pulak ..(Verangan tu perlu Vonggok  ) heheheheheee . See , aku boleh jadi Ratu Lawak kau dalam rumah , tak berepisod , rancangan seumur hidup . Yang best nya , ITS FREE !! Syokkan ?? Hahaha

 Aku janji , aku akan jaga makan minum kau . Dont worry kalau pasal makan . Hahahaaa
Tapi , aku takkan biarkan kau keBOROIan , kalau terjadi jugak , tak pe . Kita sama2 exercise Tiap2 petang . Aku tak nak kau obesity . Tak nak kehilangan kau . Nanti , setelah kau lafazkan ucapan akad nikah . Otometikally , rahsia mu menjadi rahsia ku ..sweetkan ?? Hehehe...aku akan menjaga maruah family dan akan menurut perintahmu dan tidak akan menyebarkan rahsiamu.



Awak ,Tu je aku minta , permintaan yang lain nanti aku bukukan ye....
Sekian . Salam sayang dari yang menantimu .


Hahhh, tu je nak cerita pasal email tu , tak banyak pon . Hope ada yang tergelak Happy la dengan post ni . Kalau ada yang terlebih , terkurang ajar , tertampar dengan kata2 diatas . Maaf kan hamba Allah ni ye....

Sekian .


KEEP SUPPORTING , KEEP LOVING , DO SOMETHING , STOP DREAMING .

Assalammualaikum ...bubbyee.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Budak hitam telah mengintai...

Feedjit

 
Copyright 2015 Reserved to Nurain How Design By Cik Nurfarah