Assalamualaikum...
Good Morning makhluk-makhluk (manusia2 and pd pokok2,burung2,kucing2 dan semut2 yang dah bgn..huhu) Allah sekalian...
Hmm...seusai aku solat subuh (ayat jiwang...haha) tetiba mata ini tertacap kepada 1 buku yang aku beli tapi tak sempat nak baca lagi...huhu...tajuk dia "Diari Hidup Rasulullah S.A.W"...so aku pon buka la and tajuk yang aku buka tu adalah..."Solat Subuh berjemaah di masjid"(bab 3 actually)...alamak..sebijik aku kena...yela aku solat kat bilik je kan...so dah baca dan menghayati nya...baru aku sedar betapa indah dan istimewanya solat subuh berjemaah ni kan...bukan tu je, solat subuh ni banyak fadhilat2 dia....oh tanpa membuat masa moh ler kite berkongsi tentang "indahnya solat bernama subuh' ini...(owh ye apa yang dituliskan dibawah ini semuanya diambil dari buku ini,so idok ler mereka2 sendiri)
ok before that hadis riwayat Bukhari dan muslim ada menyatakan..
"solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat insyak dan solat subuh.Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupon dengan merangkak."
ulama yang menerangkan hadis ini memberitahu bahawa bagi melihat seseorang itu beriman atau munafik,perhatikan solat subuhnya.Sekiranya kita nampak dia solat di saf solat subuh, bolehlah dikatakan yang dia benar-benar beriman.tetapi sekiranya sebaliknya,hatinya sudah dijangkiti virus munafik.
(tips kepada kaum hawa yang nak lelaki beriman: gi masjid then usha mana2 lelaki yang solat subuh jemaah...ha kalo dah jumpa tu grab cepat2..susah oo nak cari yang solat jemaah subuh kat masjid skrg ni...iye tak?tapi before tu check betul2 la kan laki tu sape, kan kena laki orang, naye ko jah..hahaha..)
diantara keistimewaan solat subuh dan keluarbiasaan nya ialah:
1- Solat Subuh adalah solat paling utama yang diwajibkan kepada umat islam disamping solat Asar.
2- Azan solat Subuh berbeza dengan azan solat lain sebab dia ada pertambahan ungkapan ini "Ashshalatu khairum minan naum"(solat itu lebih baik daripada tidur) sebanyak 2x.
3- Rasulullah S.A.W memberikan doa khusus selepas solat subuh yang mana berbeza dengan solat yang lain.Doa ini adalah tambahan wirid penutup solat yang sering dibaca Rasulullah S.A.W setiap kali lepas solat iaitu :
Subhanallah (33x)
Alhamdulillah (33x)
Allahu Akhbar (33X)
Astaghfirullah dan doa-doa lain. oh ye diriwayatkan oleh Abu Dzar yang Rasulluah pernah berkata bahawa sesiapa yang selepas solat subuhnya sebelum dia meninggalkan tempat duduknya dan belum bercakap apa2 dia berzikir
" la ilaha illallahu wahdahu la syarikalah lahulmulku wa lahulhamdu yuhyi wa yumitu wahuwa 'ala kulli syayin qadir"( Tiada Tuhan selain Allah.Dia tidak memiliki sekutu.Miliknyalah kerajaan dan segala pujian.Dia maha menhidupkan dan maha mematikan)
sebanyak 10x maka dengan ini:
- ditulis baginya 10 kebaikan dan dihapus 10 kejahatan
- diangkat darjat 10x lebih tinggi
- sehari penuh dia dilindungi daripada syaitan, yang tidak disukai dan tidak ada dosa yang dianggap dosa kecuali syirik.
4- Rasulullah S.A.W selalu menyuruh umatnya memendekkan bacaan solat kecuali solat subuh.
5- solat subuh tidak diqasarkan dan dijamak
ada beberapa hadis dlm buku ni cerita bahawa pada saat inilah yakni solat subuh pengantian malam dan siang bermula dimana pada saat ini jugalah malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi berganti tugas.
"kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb yang maha mengetahui bertanya kepada mereka, 'bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereke?' para malaikat menjawab," Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga."(hadis riwayat Bukhari)
cuba bayangkan keadaan kita ketika malaikat mereport kat Allah
"kami menemui si polan sedang solat Subuh berjemaah manakala si polan ini pula sedang nyeyak tidur.ternyata solat Subuh bukan menjadi keutamaannya dan dia tidak memberi perhatian pada solatnya!"
sesungguhnya aku terasa...huhu....ampunkan aku Ya Allah...
yelakan kadang2 tu dengar je azan tapi aku lagi sedap tarik selimut...bukan nye nak cepat bangun solat, lagi sedap tido adalah kan...huhu...teruknye la hamba Allah seorang ni kan...
owh ye solat sunat sebelum atau qabliyah tu kalau nak tahu lebih baik daripda dunia dan seisinya(hadis riwayat muslim).
ok next point...
solat subuh juga didapati menjadi penerang pada Hari Kiamat dimana Rasulullah menyatakan bahawa
"berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid(bagi mengerjakan solat subuh) dengan cahaya terang benderang(pertolongan ) pada hari Kiamat" (hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah).
yela pada hari kiamat nanti ketika itu semua sumber cahaya di dunia akan padam,matahari digulung dan bintang2 berjatuhan. ketika itu manusia dibangkitkan dalam keadaan gelap gelita tanpa cahaya.so masa ni keperluan cahaya yang diperlukan oleh manusia amat lah diperlukan untuk melintasi shirath dan meraba-raba mencari jalan di tengah kerumunan orang yang teramat ramai.shirath tu mengerikan. hanya orang yang dia kehendaki sahaja yang dapat melintasinya..huhu...seram x??
tak ke??so meh kita bayangkan sirath ni macam mana...
Rasulullah bercerita pada Abu Hurairah...
"Yang pertama sekalii melaluinya berjalan bagaikan kilat"
"Ada pula manusia yang berjalan seperti angin,burung dan kenderaan.perjalanan mereka sesuai dgn amalan mereka semasa di dunia.
"di kedua-dua belah sirath, terdapat anjing yang terikat, yang diperintahkan menyerang sesiapa sahaja yang mendekatinya, Sesiapa yang berjalan tegak, SELAMAT, manakala yang bertatih-tatih, masuk ke dalam NERAKA,"
huhu....meremang bulu aku baca ni...
oklah sampai di sini aja sih...Actually banyak lagi yang diceritakan dalam buku ni tentang solat subuh tapi maaflah disebabkn kesempitan masa...ada hal mau diselesaikan...so if you want more, better u get this book and read by yourself...(murah je RM11 je)
peringatan untuk aku dan semua yang sudi baca entry ini semoga kita sama2 berjemaah solat subuh di masjid dan amalan2 kita ini beroleh cahayanya di dunia dan juga di akhirat..Allahu Akbar....
wallahualam...
Keep supporting , keep loving , do something , stop dreaming .