Rabu, 21 Mei 2014

Mari Belajar Solat (Solat Subuh - Dua Rakaat )


Assalammualaikum wahai sahabat , kali ni Ain nak post entry cara2 solat . Masih tak terlambat untuk kita belajar dan mendirikan solat . Pintu taubat sentiasa terbuka . 


LELAKI : Sekurang-kurangnya menutup aurat dari pusat hingga ke lutut.











PEREMPUAN : Menutup keseluruhan badan kecuali muka dan telapak tangan.













Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan kerah badan.

Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat, Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam bersembahyang, tempat di mana arah matahari terbanam di Malaysia atau arah Barat)

Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud.



Rapatkan kedua-dua tangan ke paha ketika memasang niat dalam sembahyang yakni sebelum mengangkat takbir.








LELAKI






PEREMPUAN








SOLAT SUBUH (dua rakaat) :

BERDIRI BETUL (NIAT)

Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.

TAKBIRATUL IHRAM : Berdiri sambil mengangkat takbir


Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar



Angkat kedua-dua belah tangan ke paras telinga selepas memasang niat dalam solat sambil itu bertakbir seperti di atas.






Lintas di dalam hati ketika waktu yang sama
mengangkat takbir niat kita solat.












LELAKI - paras bawah telinga
PEREMPUAN - tidak melebihi paras bahu

BERDIRI RAKAAT PERTAMA (Doa Iftitah) : Tangan diletakkan di atas perut (pusat)


Allahu Akbaru kabira walhamdu lillahi kathira wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.







Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).


LELAKI : tangan memegang





PEREMPUAN : tangan di atas




Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).

TERUSKAN DENGAN BACAAN

A'uzubillahi minassyaitanir rajim.
Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.

SURAH AL-FATIHAH


Bismilla hirrahma nirrahim. 
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin.
Amin (*).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
* sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH

CONTOH : SURAH AL-KAUTSAR


Bismilla hirrahma nirrahim. 
Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar.

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu(Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

TAKBIR KERANA RUKUK : Berdiri sambil mengangkat takbir



Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar















Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.

RUKUK : Tunduk dalam keadaan 90 darjah


Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.



Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.






Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan.









IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) : Berdiri sambil membaca


Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.
















Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.

IK'TIDAL SELEPAS RUKUK : Berdiri kembali sebelum sujud


Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.
* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).


Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar



Teruskan dari keadaan di atas menuju sujud yang pertama.






SUJUD PERTAMA (RAKAAT PERTAMA) : Tunduk hingga ke paras lantai


Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.


Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah
berkeadaan seperti di sebelah






Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

DUDUK ANTARA DUA SUJUD : Duduk seperti melutut


Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku
.


KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA, SEBELUM ITU BACA



Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

SUJUD KEDUA (RAKAAT PERTAMA) : Baca seperti sujud pertama juga



Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.


Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah
berkeadaan seperti di sebelah






Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA : Tanpa mengangkat tangan terus membaca

A'uzubillahi minassyaitanir rajim.
Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.

SURAH AL-FATIHAH


Bismilla hirrahma nirrahim. 
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin.
Amin (*).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
* sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH

CONTOH : SURAH AL-IKHLAS


Bismilla hirrahma nirrahim.
Qul huwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walamyulad. Walam yakul lahu kufuan ahad.

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Katakanlah Allah itu esaAllah tempat meminta. Tiada beranak dan tiada diperanakkanDan tiada sesuatu yang setara dengannya.

TAKBIR KERANA RUKUK (RAKAAT KEDUA) : Berdiri sambil mengangkat takbir



Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar















Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.

RUKUK (RAKAAT KEDUA) : Tunduk dalam keadaan 90 darjah


Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.



Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.






Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan.









IK'TIDAL SEBELUM SUJUD RAKAAT KEDUA : Berdiri sambil membaca


Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.
















Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.

IK'TIDAL SELEPAS RUKUK : Berdiri kembali sebelum sujud


Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.
* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

DOA QUNUT


Allah humah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Maksudnya: 
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.



"SUJUD SAHWI"

Perkara-perkara sunat di dalam sembahyang ada banyak, di antaranya adalah sunat aba'dh di mana apabila tertinggal melakukannya maka hendaklah diiringi dengan sujud sahwi. Sebelum salam hendaklah kita sujud dahulu dua kali dan ucapkan dalam sujud itu:
Subhaa naman laa yanaamu walaa yas hu 3X
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa


Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar



Teruskan dari keadaan di atas menuju sujud yang kedua.






SUJUD PERTAMA (RAKAAT KEDUA) : Tunduk hingga ke paras lantai


Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.


Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah
berkeadaan seperti di sebelah






Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

DUDUK ANTARA DUA SUJUD : Duduk seperti melutut


Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku
.


KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA, SEBELUM ITU BACA



Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA : Baca seperti sujud pertama juga



Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.


Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah
berkeadaan seperti di sebelah




TAKBIR SAMBIL DUDUK UNTUK TAHYAT :


Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

BACA TAHYAT AKHIR :


Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya: 
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga salam berakhir.



SALAM KE KANAN :


Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.


Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam.
jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.




SALAM KE KIRI :


Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.


Berpaling ke arah kiri sambil memberi salam.







Sempurna lah solat kita , Aamiin...

KEEP SUPPORTING , KEEP LOVING , DO SOMETHING , STOP DREAMING . 

Assalammualaikum semua ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Budak hitam telah mengintai...

Feedjit

 
Copyright 2015 Reserved to Nurain How Design By Cik Nurfarah