Selasa, 31 Julai 2012

Beza antara bercinta dan bercouple ??

Syok tak topik ari nie ?? Gerek sehhh.... hehe
Tidak dapat dinafikan bahawa ...Chewah , macam karangan bahasa melayu STPM lah plak kan...
OK ,  hampir semua pelajar sama ada IPTA atau IPTS mempunyai 'teman' atau couple.

Couple dalam *Google Translate* ialah PASANGAN..hihi (buat research tau ...)
Dalam konteks fahaman orang kita ialah boyfriend/girlfriend..macam tak biasa... 
Cinta ni , akak punyer...
Terwujudnya (ade ke perkataan macam nie ?) hubungan 'couple' itu apabila 2 orang yang bercinta itu setuju untuk naik ke taraf yg 'lebih serius' (x la serius mana pun.. serius sikit je.. Sebelum masuk meminang ...hihi) 
Macamna boleh couple? Mostly orang akan kata dari suka.. Lepas tu cinta.. Lepas tu couple lah...! kan senang je prosesnyer ....hehehee
Tapi persoalannya.. Perlukah couple sebagai pelengkap orang bercinta?
OK. Sekarang ini , akak  tidak mahu untuk mengupas hal ini dengan lebih lanjut sebab setiap orang mempunyai pendapat tersendiri...
Sekarang ini, kita mempersoalkan beza antara couple dan cinta..Cinta adalah sesuatu yang subjektif.. Sama juga dengan kecantikan.. pun sesuatu yang subjektif...(bagi akak lah ye...)Setiap daripada kita ini umpama sebuah novel yang mempunyai kisah cinta yang tersendiri.. Setiap orang mempunyai kisah cinta yang tidak sama..  
Ada yang putus di tepi jalan..
Ada yang berakhir sia2..
Ada yang mengaku penuh dengan sesalan
Tetapi ramai juga yang sampai ke puncak kebahagian.. 
Namun persoalannya.. Apakah beza couple dengan cinta..?
Sepertimana yang kita tahu, kerana cintalah orang akan ber'couple'. 
Kita tidak boleh ber'couple' kalau kita tidak cinta orang itu.. (Klu dalam konteks di'arrange', lain cerita la..) 
Namun terimalah hakikat, tanpa hubungan couple pun, kita masih boleh bercinta..!
Bagaimana mungkin...?
Sebab kita mempunyai TUHAN di hati.. (macam akak...hehe)
Dan kita pasti, TUHAN tahu apa perasaan kita di dalam hati walaupun dia tidak mengetahui..(like akak...)
Sama jugalah dengan orang yang kita cinta itu, TUHAN berada di hatinya..(kata akak...)
Hanya TUHAN sahaja yang tahu apa yang terbuku di hatinya.. Walaupun kita tidak mengetahui..(ye kata akak ...)
Jadi.. Sebab itulah doa menjadi senjata mukmin.. Kerana kita mempercayai TUHAN sahaja yang boleh mengetahui segalanya dan mengetahui apa isi hati seseorang mukmin itu.. (kata akak jugak...)

CINTA TANPA COUPLE : DUGAAN UNTUK BAHAGIA..???

Memanglah.. Sakit rasanya apabila cinta di dalam hati tidak dapat dizahirkan kepada yang ter-memiliki.. 
Tapi, itulah DUGAAN yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk ditunjukkan oleh-Nya kebahagiaan yang hakiki..
DENGAN CINTA : 
1) Hati merasa tenang dengan hanya melihat wajahnya tanpa sebarang kata-kata.
2) Rindu terubat walaupun hanya dapat melihat kelibatnya sesaat dua..
3) Diri terkawal secara automatik walau tanpa diarah..
4) Hati sentiasa lapang walaupun tidak pernah satupun SMS dterima daripadanya..
5) Kita seperti tahu segalanya, walaupun dia tidak pernah bercerita tentang dirinya..
DENGAN COUPLE :
1) Memang dia cinta kita, tapi kita kena selalu ungkap kata cinta padanya..
2) Permintaannya mesti dipenuhi.. Dan perlu kerap bersua..
3) Macam-macam perkara yang dilarang, pakai ni x boleh, pakai tu x boleh, buat ini x boleh, buat itu x boleh.. Belum lagi jdi suami/isteri, dah kongkong macam2.. 
4) Dituduh da ada orang lain lau x sms sesaat dua..
5) Lau ada kisah cinta yang lalu.. jangan lah cerita ye.. Silap2 break la pulak.. :( 
Cinta ada pelbagai jenis.. Manusia juga ada pelbagai perspektif.. Bergantunglah seseorang itu nak tafsirkan cinta yang bagaimana.. 
Pada pendapat akak ,
Tidak dapat di nafikan akak keliru antara perasaan Cinta, Sayang, Suka, Simpati atau sebagainya.. 
Namun, akak dikelilingi oleh golongan2 yang ber'couple' dan macam2 perkara yg berlaku di keliling akak.. 
Tetapi secara jujurnya, walaupun saya masih belum ada couple,...Chewahh....hihi
Saya masih dapat merasakan kesempurnaan dan ketenangan dalam diri..
Sebab saya tahu ada seseorang yang menyukai saya dalam diam , saya buat2 tak tahu je...
Sebab saya merasakan perasaan yg lebih kurang macam tu.. 
Jadi keperluan untuk ber'couple' tu sebenarnya bermula dari pengawalan diri sendiri.
Semua orang ada perasaan yang lebih kurang sama, tetapi bergantung kepada diri sendiri, mahu atau tidak..!
Tu je cerita akak yang comel ni untuk malam nie... Sekian , HIGHLIGHT YOUR LOVE AND SPREAD IT  !!!
Assalammualaikum ....

2 ulasan:

Nadiah berkata...

terbaik penulisan akak Ain..TERBAIK GILER!!!!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih berkongsi kak ain

Catat Ulasan

Budak hitam telah mengintai...

Feedjit

 
Copyright 2015 Reserved to Nurain How Design By Cik Nurfarah