Ahad, 15 Julai 2012

REMAJA & CINTA ???

Hello hello hello ....
Assalammualaikum ....

Haaa...lama jugak lah tak update blog nie...(perasaan aku je kot)...
Hari nie nak kongsi tentang REMAJA & CINTA ??? Emm... rasa ni topik hangat lah jugakan .... Comform hangatlah .... remaja sekarang ni , tipu lah kalau tak pernah bercinta ...
So , kita kopeklah cerita nie ....k . Jom...jom...jom...

Situasi 1 :

Jika diberi situasi dan saya ditanya tentang cinta serta soalan berbunyi camne ...

" Saya berumur 16 tahun dan bercinta dengan rakan sekelas saya. Kami saling menyayangi dan memasang impian ingin berkahwin satu hari nanti. "
         Apakah pandangan awak  tentang percintaan di bangku sekolah ini?

Maka dengan yakin dan berkata benar (alamak , macam ahli falsafah cinta lah plak)...
 Saya akan jawab : " Bismillahhirohmannirrohim... Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak?  Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya, cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.

Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

Amcm ... ok tak jawapan cinta aku nie... hihi... ok , ain ada soalan kepada pembaca blog nie , if awk semua dapat situation yang macamnie ... pe korang akan buat ???


hahahaa....rasanya ... tak sanggup kot...hihi...
Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung.
Oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa. Buatlah solat istikharah selalu.

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah ‘cinta’ bagi lelaki dan wanita.
Cinta ketika remaja hendaklah mengiku lunas agama dan cinta yang teragung ialah cinta kepada ALLAH. Semoga artikel ini bermanfaat. Insyaallah....

 HIGHLIGHT YOUR LOVE AND SPREAD IT  !!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Budak hitam telah mengintai...

Feedjit

 
Copyright 2015 Reserved to Nurain How Design By Cik Nurfarah