Selamat pagi Dan Salam maulidur rasul ... Hari Ni nak sambut maulidur rasul .. Selain tu , aku nak bagi tau serba sedikitlah tentang selawat nabi Ni...
Perkataan Selawat atau Salawat ( Bahasa Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat ( Bahasa Arab:الصلاة ), beerti doa, pujian.
Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kpd Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad .[1]"
Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kpd Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad .[1]"
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Aku pun baru tau Ni .. Baru nak baca kann... Tak pe , yang pentinggg...is.. Kita Ada keinginan untuk mempelajari sesuatu... Kannn ??? Kalau nak belajar tak payah nak Malu laahhh... Semua orang belajar yang hidup dalam dunia Ni , tak da sorang pun yang hebat ... melainkan Allah . Right ???
Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :
Rujukan :
Rujukan :
- Riwayat Ad-Dailami
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "
Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allahtidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.
Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.
Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.
Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda. Tamsilannya begini. Katakanlah kita hendak memohon sesuatu pekerjaan di sebuah syarikat. Kita tahu ramai orang lain yang bersaing dengan kita untuk mendapatkan kerja tersebut. Tetapi apabila kita jumpa pengurus dan cakap pada dia, "Saya kenal baik Encik Rustam, pembantu kanan tuan." Pada masa yang sama pula, Encik Rustam tu "recommend" kita untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Maka, menjadi mudahlah untuk kita diterima untuk menjawat jawatan tersebut.
Begitulah tamsilan kita berselawat kepada Nabi s.a.w. Bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita. Selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita. Dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat gelaran kekasih Allah. Ini yang dikatakan "recommendation" tadi.
Selain selawat ini penting untuk menyampaikan doa kita kepada Allah s.w.t, ia juga penting untuk pelbagai hal yang lain.
Salam maulidur rasul dari saya hamba Allah yang serba kekurangan .
0 ulasan:
Catat Ulasan